Tuesday, February 11, 2020

Konsep Wasatiyyah-kesederhanaan dalam Melestarikan Alam Sekitar

E-FOLIO SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM



Image result for gif assalamualaikum


SESI DISEMBER 2019

KELAS : DMH2A

NAMA PENSYARAH : EN. FADHILI BIN MUHAMMAD

NAMA AHLI KUMPULAN 2:

NAMA
NO.MATRIKS
1 .NUR HIDAYAH MOHD NADZRI
02DMH19F1009
2. NUR FARAH IYAH BINTI SAIFUL AZMI
02DMH19F1010
3. AHMAD SHAFIQ BIN SHAMSUL KAMAL
02DMH19F1014
4. NUR SOFIAH BINTI CHE ALIAS
02DMH19F1015
5. NURUL SYUHAIBAH BINTI SAMSURI
02DMH19F1031

PENGHARGAAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah dan para sahabat

             Alhamdulillah, Shukur ke hadrat Allah S.WT, Tuhan seru sekalian alam kerana dengan izinNya dan ramatNya , kami dapat melengkapkapkan tugasan (blog) kami yang bertajuk ‘KONSEP WASATIYYAH-KESEDERHANAAN DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR. Kami amat berterima kasih kepada semua orang yang bertungkus lumus membantu kami bagi menyiapkan e-folio kami.

                Jutaan setinggi-tinggi penghargaan kami ingin sampaikan kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Fadhili bin Muhammad sebagai pengajar kami dalam subjek SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM dan memberi tunjuk ajar dan panduan demi mejayakan proses menghasilkan e-folio ini.

               Adalah diharapkan agar input yang kami sampaikan ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada sesiapa sahaja yang membacanya sama ada pelajar mahupun pengajar dan moga-moga Allah S.WT memberi kita taufiq dan hidayah untuk sama-sama kita amalkan dan sampaikan dan dapat kita memberi manfaat kepada orang lain .

                Akhir kata, setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli kumpulan ini atas segala usaha yang disumbangkan bagi menjayakan e-folio (blog) pada kali ini. Sekian dan selama membaca.

DEFINISI WASATIYYAH

Dari segi bahasanya, Wasatiyyah ini membawa maksud seimbang dan pertengahan. Manakala dari segi istilah, bermaksud berada di tempat yang sesuai di antara dua situasi yang bertentangan, selalu mengambil jalan tengah dalam berhadapan dengan apa-apa yang berlaku dalam kehidupan. Asas sandaran wasatiyyah ini di dalam Islam diperolehi pemahamannya daripada sumber al Quran dan Sunnah. Dalam al Quran terdapat dua penegasan Allah yang memuji keistimewaan umat Islam yang mengamalkan sifat adil dan Wasatiyyah ini.

DEFINISI ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:

Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku
Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

ISU MENGENAI ALAM SEKITAR

Image result for pencemaran alam sekitar surat khabar

Image result for pencemaran alam sekitar surat khabar

Image result for pencemaran alam sekitar surat khabar

Image result for pencemaran alam sekitar surat khabar

CABARAN MENANGANI ISU ALAM SEKITAR MASA KINI

Sesungguhnya, Isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk menanganinya memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram, pengurangan sumber semula jadi dan sebagainya, telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan kepada alam sekitar. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air dan darat, pemanasan global dan perubahan iklim dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan ekosistem yang berpunca daripada aktiviti manusia yang sering kali dikaitkan dengan ‘pembangunan’. Isu-isu alam sekitar inilah yang merupakan antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh kita semua.

Kerajaan memang komited terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar negara. Pelbagai dasar dan perundangan termasuk peraturan-peraturan serta program telah diperkenalkan bagi mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Antara dasar-dasar ialah Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perhutanan Negara, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, Dasar Mineral Negara dan Dasar Perubahan Iklim Negara. Manakala undang-undang termasuk Akta Kualiti Alam Sekeliling, Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar juga dikuatkuasakan. Dasar, perundangan dan garis panduan sedia ada ini memberi panduan kepada semua pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, sektor industri dan masyarakat bagi memastikan sumber asli negara digunakan secara lestari, di samping memelihara alam sekitar kita.

Justeru, bagi meningkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan, Kerajaan dalam waktu terdekat akan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memperkukuhkan lagi penguatkuasaan terhadap masalah pencemaran. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sahaja tidak mencukupi untuk membendung semua masalah alam sekitar. Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, berpendidikan tinggi atau tidak, perlu berganding bahu dan bersatu tenaga untuk memulihara dan melindungi alam sekitar. Kita hidup dalam lingkungan alam sekitar yang sama, menghirup udara yang sama, berkongsi menggunakan sumber asli yang sama. Oleh itu, kita tidak ada tempat selain bumi ini. Jika bumi hancur, maka hancurlah manusia. Maka janganlah kita berpeluk tubuh membiarkan bumi menahan segala pencerobohan alam sekitar. Saya menyeru agar kita sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab menjaga bumi ini.

Sungguh pun begitu, hakikatnya ialah kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar masih kurang walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan. Bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama-sama dengan jabatan-jabatannya menjalankan program dan kempen kesedaran alam sekitar yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran seperti pelajar, guru, masyarakat desa dan bandar, badan bukan kerajaan dan lain-lain. Antara program-program yang dijalankan adalah:

– Program Anugerah: Bandar Lestari, Sekolah Lestari dan Anugerah Langkawi;
– Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT);
– Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS);
– Penerbitan Majalah Era Hijau, IMPAK, Buku Climate Change in Malaysia dan brosur You Can Fight Climate Change Today;
– Kempen “Tabiat takpa, bumi binasa” melalui media massa;
– Pameran Alam Sekitar; dan
– Persidangan dan bengkel bersama lain-lain kementerian, agensi, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.


Selain itu, NRE telah melancarkan Program Rakan Alam Sekitar untuk mempelbagaikan usaha menangani isu alam sekitar. Melalui program ini, pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi diberi peranan untuk menerajui usaha-usaha secara bersepadu dengan anggota masyarakat tempatan termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan dalam memulihara alam sekitar.
Harapan saya agar semua pihak memainkan peranan yang lebih proaktif agar usaha-usaha penjagaan alam sekitar negara mencapai kejayaan. Mulakanlah dengan mengamalkan kehidupan harian kita berpandukan ciri-ciri kehidupan yang mesra alam seperti mengitar semula, menanam pokok, berkongsi kenderaan serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Pendingin hawa pula perlu ditentukan pada suhu yang sesuai agar tidak terlalu sejuk. Perlu diingat, usaha membuat perubahan walau sekecil manapun adalah lebih baik berbanding sekadar berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa atau menyalahkan orang lain. Di samping itu, saya juga ingin melihat penglibatan yang lebih besar dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia tahun ini termasuk Anugerah Langkawi dan Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar.

KEPENTINGAN MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara.

     Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.  Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Tanpa kemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.

KESAN TIDAK  MENGAMALKAN WASATIYYAH-KESEDERHANAAN DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjaditanggungjawab setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini. Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak diambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba,kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah,yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang, hidupan-hidupan liar, akuatik atau tumbuh-tumbuhan. Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasa menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui, pencemaran boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama iaitu:-

1. Pencemaran Udara

Image result for pencemaran udara

2. Pencemaran Air

Image result for pencemaran air

3. Pencemaran Tanah

Image result for pencemaran tanah

4. Pencemaran Bunyi

 Image result for pencemaran bunyi

 Image result for pencemaran bunyi

Sebagai contoh:

● Kesan pencemaran udara terhadap Kesihatan Manusia

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar seperti Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan- bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

Image result for pencemaran udara terhadap manusia


MASALAH YANG BERLAKU DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Isu-isu yang melibatkan alam sekitar semakin berleluasa seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram, pengurangan sumber semula jadi dan sebagainya, telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan kepada alam sekitar. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air dan darat, pemanasan global dan perubahan iklim dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan ekosistem yang berpunca daripada aktiviti manusia yang sering kali dikaitkan dengan ‘pembangunan’. Isu-isu alam sekitar inilah yang merupakan antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh kita semua.

Dalam masalah ini pasti ada pihak yang tidak bertanggingjawab dalam tidak melestarikan alam sekitar. Anataranya adalah dari pihak individu. Hal ini kerana, mereka terlalu mementingkan diri sendiri sehingga tidak mengambil kisah tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka dan hanya buat hal masing-masing sahaja. Selain itu, mereka terlalu sibuk dengan kerja kerana hanya mengejarkan dunia dan tidak mengejarkan kebaikan untuk menjadi pembekal di akhirat.

Seterusnya pada masyarakat pula, mereka juga hampir sama dengan permasalahan individu. Antaranya adalah tiada kerjasama antara satu sama lain. Hal ini juga boleh disebabkan kerana perbezaan kaum, agama dan budaya. Di samping itu, masyarakat tidak mengamalkan penjagaan alam sekitar walaupun telah berpuluh dan beribu kali kerajaan  menganjurkan kempen alam sekitar. Selain itu juga, masyarakat tidak bertanggungjawan dalam pembuangan sisa toksi di sungai mahupun di tanah. Hal ini boleh menyebabkan pencemaran sungai dan tanah. Sungai tercemar dengan sisa racun toksik menyebabkan hidupan akuatik mati terbunuh, manakala pada tanah pula, pertumbuhan pokok yang berlaku pada tanah yang beracun menyebabkan tumbuhan menjadi beracun dan boleh menyebabkan sakit pada manusia kerana tidak sengaja memakan tumbuhan tersebut.

Akhir sekali pada pihak kerajaan. Kerajaan sepatutnya komited dalam melestarikan alam sekitar kerana alam sekitar adalah sumber pernafasan bagi manusia. Malangnya, kerajaan tidak ambil berat atas perkara ini dan menyebabkan banyak pembakaran secara haram berlaku. Selain itu juga, kerajaan tidak menguatkuasaan undang-undang dengan tegas dalam isu penting ini.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar           .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.


Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan  bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar

KESIMPULAN

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.


Image result for ayat hikmah menjaga alam sekitar

No comments:

Post a Comment

Konsep Wasatiyyah-kesederhanaan dalam Melestarikan Alam Sekitar

E-FOLIO SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM SESI DISEMBER 2019 KELAS : DMH2A NAMA PENSYARAH : EN. FADHIL...